ramadhan
|
|
menghilangkan uban
1. ambil daun inai mengikut keperluan. bersih dan tumbuk sehingga lumat. campurkan beberapa titis air agar inai yang sudah hancur itu mudah digaul. sapukan pada rambut yang beruban. bungkus rambut dengan tuala bersih dan biarkan satu jam. bersihkan rambut seperti biasa. rambut yang beruban lebih menarik kerana kemerah-merahan.
2. ambil segenggam daun kari, bersihkan dan tumbuk sehingga lumat. ambil beberapa sudu pati santan dan gaul sebati. biarkan menjadi larutan syampu. kemudian dimasak di dalam periuk sehingga terbit minyak. ambik minyak itu dan sapu pada rambut beruban.
menghitam dan memanjangkan rambut
1. ambil separuh isi kelapa dan bakar sampai hangus, kemudian diparut. campurkan sedikit air, ramas dan kacau sehigga air dan isi kelapa parut sebati. lumurkan ke seluruh rambut dan biar 15 minit sebelum disikat bagi membuang hampas yang melekat pada rambut. jika sering diamalkan, rambut kelihatan hitam menawan.
2. cuci rambut setiap pagi atau 2 kali seminggu dengan air yang diramas dengan daun rambutan atau daun bunga raya. cara ini bukan saja boleh memanjangkan rambut dengan cepat tetapi menjadikannya bertambah hitam, lebat dan berseri-seri.
melebatkan rambut
1. apabila hendak memasak bubur kacang, kacang hijau akan direndam terlebih dahulu. air rendaman itu jangan dibuang. sapukan pada seluruh rambut. jika sering diamalkan, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur.
2. ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. tumbuk atau kisar agak kasar. selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut, bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. cuci pada sebelah pagi.
rambut bebas kutu
1. gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. biarkan kira-kira 5-10 minit dan dibilas dengan air bersih. rambut kembali sihat dan bebas kutu jika rajin mengamalkannya.
2. sapukan sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit selepas itu syampu rambut anda.
rambut sentiasa wangi
1. ambil 2 biji limau nipis dan hiris melintang. basahkan rambut, gosokkan hirisan limau nipis tadi pada seluruh kepala dan biarkan 3-5 minit. sambil itu urut seluruh kulit kepala supaya khasiat limau menyerap terus ke dalam kulit dan akar rambut. akhir sekali bilas dengan air bersih.
2. ambil perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat dan sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala pada setiap petang. biarkan beberapa jam dan cuci rambut dengan air bersih sebelum tidur.
3. ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehinga pecah. rebus serai sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata pada rambut. ramas pada kulit kepala. selepas 2 jam, cuci rambut seperti biasa. amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
4. ketika mencuci rambut dengan syampu, campurkan dengan kuning telur dan minyak sayur. amalkan 2 kali seminggu.
atasi rambut gugur
1. ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga kekuningan. tumbuk sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan 30 minit. cuci rambut seperti biasa. amalkan 2 kali seminggu.
2. ambil daun bunga raya yang hijau, bersihkan dulu dan ramaskan daun itu di dalam segayung air. selepas itu cuci rambut anda dengan air tadi dan biarkan 5 minit sebelum dibilas. amalkan selalu.
menghilangkan kelemumur
1. ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. rendam kangkung di dalam besen berisi air yang mencukupi untuk membasuh kepala anda. selepas direndam semalaman, cuci kepala anda pagi esoknya. lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.
2. ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk sehingga lumat. campurkan dengan 2 gelas air. selepas itu ditapis dan sapukan air itu pada kepala. biarkan seketila sebelum dibilas dengan air biasa.
3. ambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan sedikit air limau nipis. ramas semua bahan sehinga berlendir. lumur di atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.
4. ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. kemudian, sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.
hari ni, setelah lebih dari 40 jam bertapa.. akhirnya gue keluar.. bersarapan di luar. mungkin juga tak patut disebut sarapan kerna matahari makin tinggi.. & sarapan apa namanya sekadar vanilla coke & bukan dgn nescafe kegemaran gue seperti biasa.
setelah lebih 1/2 jam memandu... dgn fikiran yg sedikit tak menentu.. gue turutkan langkah masuk ke salon rambut. dan akhirnya rambut gue menjadi sedikit pendek. & gue harapkan, sediikit kesedihan gue akan pergi.. bersama rambut yg dipotong. & sedar tak sedar.. hampir rm100 gue habiskan hanya utk itu. & rasa pilu itu masih di situ.. & hingga waktu ini menemani.
belum lagi dgn cadar baru.. segala mcm barang yg mmg gue tak perlukan. akhirnya.. duit yg sepatutnya gue gunakan utk bayar bil,. habis mcm tu je. mcm kata orang. terlajak sampan boleh ditarik.. takpe lah.. nampaknya kena berpuasa utk cover balik budget yg dah lari.
lari.. itu yg gue rasa waktu ni. rasa nak lari jauh2.. sementelah tak byk lagi yg tinggal utk gue di sini. paling tidak, utk pujuk hati sendiri. sigh.. kalau hati sendiri dah terluka.. hati org yg dilukakan.. pasti makin parah. parutnya pasti bertambah2 & makin sukar utk hilang.. walau banyak mana vitamin e & pilm rose diambil ut hilangkan parut.
tuhan.. berikan kekuatan utk hati ni.. juga utk hati yg telah tercalar lagi. juga kami mohonkan ketenangan & kesabaran..
kadang2.. buat baik pun salah.. buat jahat, memang dah salah. nak terus terang, tak tau mcmn nak mulakan. & gue sering berharap satu hari si rakan akan sedar sendiri & takkan ulang lagi. tapi sepanjang2 tu jugak terpaksa sabar. teringat kata si teman.. usah lakukan apa2 kiranya kita tak betul2 ikhlas.
adakala gue dah bosan! mana tak nya.. berkali2 gue terima call.. msg.. `zie, tolong smskan address dr. xxx ye.' `zie, dah ada copy utk paper xxx? boleh tak tolong photostatkan?' `zie, assignment dah siap? nak check jawapan'. `zie, boleh tak faks kan soalan @ jawapan utk xxx'. urghh! mungkin bukan bosan. tapi seolah rimas. si rakan cuma tau nak senang. sedangkan semuanya dah ada depan mata. semua dah sedia ada dlm web & hanya perlu sedikit rajin & usaha.
dan akhirnya, gue biarkan panggilannya tak berjawab.. sms tak berbalas.. & pagi tadi sewaktu gue nak masuk ke satu simpang, terkejut dgn 1 panggilan telefon. memikirkan mungkin panggilan penting dari rumah, ataupun mungkin gue tertinggal sesuatu, laju tangan cuba mencapai hp. & sedikit jengkel pabila terlihatkan no si rakan tertera. & sekali lagi sewaktu gue sedang parking, sekali pagi terlihat panggilannya. segera gue jawab, mana tau ada panggilan mustahak. rupanya sekadar ingin tanya samada gue sudah print semua soalan. hmm..
rasanya nak je makan coklat waktu ni. kata seorang rakan, waktu kita sedang berdepan dgn keadaan yg tak ok @ sedikit pahit.. petuanya makan coklat. biar keadaan yg pahit itu bertukar menjadi semanis coklat :D

be happy.. above all.. regardless what your challenges may be..
these are only to show you how strong we can be and overcome them